Save Sandakan

“Massive Natural Heritage Destruction at Seguntor – Site for the Sandakan Coal – Fired Power Plant”

Bina loji arang batu di Sabah

Posted by Save Sabah On December - 17 - 2008

Bina loji arang batu di Sabah

 

SEBAIK sahaja isu pembatalan lokasi pembinaan sebuah janakuasa arang batu di Lahad Datu Sabah pada Jun 2008, kini tumpuan bantahan beralih pula kepada kesahihan terhadap lokasinya yang didakwa kini memulakan fasa pembinaannya di Sandakan.

Bantahan berhubung pembinaannya sudah tersebar luas di bandar tertua di Sabah ini kononnya projek tanpa kelulusan Penilai Alam Sekitar (EIA), akan dibina di Sandakan sebagai menggantikan tapak cadangan dari Lahad Datu.

Apa yang digembar-gemburkan sebahagian cerita dari bantahan projek ada yang menge-lirukan rakyat, apabila bantahan yang dikemuka-kan menerusi akhbar tempatan ke atas projek me-nelan jutaan ringgit membawa kepada kemusnahan alam terutama pencemaran kepada habitat hi-dupan liar, batu karang di laut dan kesihatan dan keselamatan manusia di Sandakan.

Yang pastinya semua dakwaan mengenai kesahihan lokasi pembinaan loji baru itu di San-dakan, akhirnya terjawab apabila Kementerian Alam Sekitar serta pengendali projek dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), membidas dakwaan se-gelintir peserta yang disifatkan ‘bohong belaka’ kerana kesahihan dakwaan mereka harus disertakan dengan bukti ketika taklimat Jabatan Alam Sekitar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang didakwa mereka kononnya projek itu sudah mula ‘berpacak’ di tapak baru dan bantahan pula mendapat sokongan kira-kira 50 ribu rakyat Sandakan melalui kempen menandatangani masih meneruskan projek yang sudah membawa kepada pencemaran alam.

Yang pasti semua dakwaan terjawab ketika taklimat lebih sejam Jabatan Alam Sekitar, Ma-laysia di Kuala Lumpur kepada rombongan sambil belajar tajaan kerajaan Sabah mengenai sistem dan kaedah pelaksanaan loji arang batu di empat negeri di Semenanjung termasuk Sarawak.

“Belum ada lokasi baru atau kertas cadangan yang baru kami terima mengenai tapak loji dari kerajaan Sabah atau syarikat pembina, selain di Lahad Datu yang sudah ditolak kerana tidak mendapat kelulusan EIA. Jadi kami masih menunggu satu cadangan baru dari pihak berkaitan.

“Maka di sini semua dakwaan sudah ‘ber-pacak’ di Sandakan tidak tepat dan benar. Kami perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum meluluskan sesebuah projek berkenaan.” Itulah yang katakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia Sharifah Zakiah Syed Sahab.

Dengan penjelasan yang itu cukup jelas dan terbukti segala kebimbangan dan keraguan ibarat khabar angin yang datangnya dari sumber yang ti-dak sahih yang mengaitkan pembatalan di Lahad Datu berpaling ke Sandakan.

Pada awalnya taklimat jabatan kepada rombongan dari Sabah terutama dari Sandakan ber-kisar tahap pencemaran yang akan dan tidak diluluskan oleh kerajaan melalui Dasar Alam Sekitar Negara (DASN), bagaimana pun menjadi ‘gamat’ seketika apabila tahap pencemaran di Sabah cukup mendapat perhatian dari peserta terutama melibatkan pencemaran ladang kelapa sawit.

Seorang wakil rakyat yang turut sama dalam rombongan, Datuk Samsudin Yahya mahu Ja-batan Alam Sekitar turun padang ke kawasan per-kilangan terutama di kawasan Industri Batu Sapi yang didakwa penduduk berlaku pencemaran di kawasan perumahan yang datangnya dari kilang-kilang berhampiran

Yang pasti lawatan ke empat stesen di negeri itu telah menjawab segala kemusykilan, keraguan dan kebimbangan mengenai kesihatan dan ke-musnahan alam dari pencemaran arang batu apabila setiap janakuasa yang dibina di empat negeri itu cukup selamat dan mesra alam terutama per-sekitarannya terjamin.

Bagaimanapun ada juga di antara peserta rombongan masih mempertikai kesahihan teknologi bersih yang sudah digunapakai dalam mengawal dan mengatasi pencemaran udara dan darat menerusi sistem rawatan air di loji berkenaan tidak berkesan dan tetap memberi impak kepada kesihatan manusia.

Jika suara membantah diambil kira, bagai-mana pula suara majoriti yang mahu menerima pandangan dan cadangan dari pihak pembekal ja-nakuasa melalui kaedah pengawal pencemaran mengunakan sistem ”Cleen Cool Power” atau teknologi bersih yang telah digunapakai oleh em-pat janakuasa arang batu di Malaysia.

Sepanjang perjalanan kami, ada suara-suara sumbang yang kedengaran mengenai tindakan ahli-ahli perniagaan serta ahli pencinta alam itu “adakah rakyat Sabah sahaja yang memperjuangkan ancaman alam sekitar tetapi tidak di empat negeri yang sudah menikmati peluang hasil pembangunan dengan tidak lagi mempedulikan kesihatan mereka.”

Cukup bermakna ungkapan itu tetapi itulah antara sebahagian senario yang tercatat dalam lawatan sambil belajar selama lima hari ke empat stesen Penjana Tenaga Bebas (IPP), Johor dan milik kerajaan di Sarawak, Perak serta Selangor yang dibiayai oleh kerajaan Negeri Sabah disertai 43 orang yang diketuai oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Tuan Yeo Boon Hai serta wakil rakyat dan ketua-ketua parti politik komponen Barisan Nasional (BN), pembangkang serta golongan Ngo’s termasuk dari kumpulan membantah projek.

Ketika kerajaan masih mencari tapak baru dan pandangan positif dari masyarakat setempat bagi mengatasi gangguan bekalan menjelang tahun 2010, timbul pula pelbagai isu berkaitan pencemaran alam sekitar hasil pengunaan janakuasa dari arang batu yang kononnya memudaratkan kesihatan dan pencemaran ekosistem air laut bandar alam semulajadi ini.

 

By : oleh sante villiamon

 

New Sabah Times

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Leave a Reply

Timer

VIDEO

TAG CLOUD

Sponsors