Save Sandakan

“Massive Natural Heritage Destruction at Seguntor – Site for the Sandakan Coal – Fired Power Plant”

Cadangan Penjanak Kuasa Arang batu di Sandakan

Posted by Save Sandakan On February - 27 - 2009

My Parliament Speech On Police, Order of Education Department

February 27th, 2009 (8 hours ago) by Teresa

 

Cadangan Penjanak kuasa

Arang batu di Sandakan

Datuk Yang diPertua, saya terpanggil untuk membangkitkan satu isu yang menghantui penduduk di Sandakan Sabah atas desakan daripada penduduk di kawasan tersebut. Memandangkan Ahli Parlimen Sandakan telah menjadi Timbalan Menteri MITI dan beliau tidak dapat membangkitkan isu ini, maka saya menawarkan diri untuk menjadi saluran suara bagi penduduk di kawasannya.

Pada tahun 2008, sebuah penjanak eletrik arang batu dicadangkan dibina di Lahad Datu, Sabah. Cadangan ini diketepikan selepas banyak pihak membuat bantahan terhadap penjanak kuasa tersebut atas alasan perlindungan alam sekitar.

Malangnya, kerajaan kelihatan telah sedar tentang ancaman penjanak eletrik arang batu terhadap binatang dan hutan di Danum Valley di Lahad Datu, tetapi kerajaan anggap penjanak eletrik arang batu ini adalah sihat bagi manusia yang duduk di Sandakan yang merupakan bandar yang kedua besar di Sabah, sehingga mereka ingin bercadang penjanak kuasa ini didirikan di Sandakan. Lokasi yang dicadangkan untuk mengadakan penjanak eletrik arang batu ini hanyalah 12 km radius dari pusat bandar Sandakan, 10 km radius daripada tempat kediaman yang utama seperti Kampung Batu Sapi (2.5 km), Taman Mawar and Sibuga (4 km), Karamunting, Taman IJM dan Taman Indah (7.5 km), Taman Tyng, Taman Fajar and Lapangan Terbang (10 km) dan lain lain.

Saya terima banyak aduan daripada penduduk di Sandakan yang telah membuat siri kempen membantah penubuhan penjanak kuasa arang batu tersebut. Mereka faham usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan aliran eletrik di Sabah, tetapi mereka berharap pihak kerajaan berusaha untuk menghasilkan eletrik melalui tenaga yang bersih dan hijau seperti hidro dari Empangan Bakun di Sarawak dan juga gas asli dari Kimanis di Sabah.

 

http://teresakok.com/2009/02/27/my-parliament-speech-on-police-order-of-education-department-to-pr-politicians-cooperatives-coal-power-plant-in-sandakan/

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Leave a Reply

Timer

VIDEO

TAG CLOUD

Sponsors