Save Sandakan

“Massive Natural Heritage Destruction at Seguntor – Site for the Sandakan Coal – Fired Power Plant”

One Response to “New Anti-Coal Power Plant Flyers!!”

Posted by Save Sandakan On January - 3 - 2009

Leung Tian Fatt Says:
December 28th, 2008 at 5:43 am

Saya, keluarga saya dan kawan saya amat tidak bersetuju dengan perancangan membina stesen jana kuasa arang batu tidak kira di mana jua di Sandakan. Tindakan kerajaan masih meneruskan projek ini tanpa mendengar pandangan penduduk setempat amat menyedihkan kami.
Kerajaan sentiasa berjanji akan menjaga dan membantu rakyat mereka apabila menghadapi masalah nampaknya menemui bantahan. Dalam kes pembinaan stesen jana kuasa arang batu, kerajaan langsung tidak mengkaji suara hati penduduk dan akibat pembinaan.
Kita sedia makum, Sandakan yang digelar Bandar Semula Jadi sememangnya mempromosikan kewujudannya dengan alam sekeliling yang masih dijaga dan dikekalkan dengan sempurna tanpa pencemaran. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary dan Rainforest Discovery Centre mula mendapat sambutan yang hebat bukan sahaja dari pelancong tempatan, malah pelancong luar negara. Sandakan turut terkenal dengan sumber hasil laut yang lazat dan murah. Baru-baru ini, rancangan pembinaan pusat pengajian tinggi di Sandakan turut dijalankan dengan giat.
Operasi stesen jana kuasa arang batu tidak dapat dinafikan akan menghancurkan segala-galanya. Alam sekitar akan dicemar dengan asap-asap yang beracun, hasil buangan yang merbahaya dan akhir sekali mengakibatkan kesan rumah hijau. Natijahnya, pelancong tidak akan berminat lagi berkunjung ke Sandakan yang teruk dicemar. Hasil tanggapan laut akan berkurang, sara hidup nelayan menjadi sengsara, penduduk Sandakan akan menikmati sumber laut yang mahal malah berisiko dengan keracunan ikan. Selain itu, pelajar juga tidak menaruh keinginan untuk belajar di pusat pengajian tinggi di Sandakan apabila kebarangkalian kesihatan sendiri akan diugut dengan kualiti sekitar yang buruk adalah tinggi. Akhir sekali, ekonomi Sandakan akan menjadi lumpuh. Siapakah yang akan bertanggungjawab pada masa itu? Pada masa itu, langkah menyelamat dan pemuliharaan yang diambil sudah tidak dapat menebus apa-apa kesilapan.
Semasa Sandakan dilanda jerebu dari Indonesia akibat pembakaran hutan, kualiti udara Sandakan sudah sangat teruk apatah lagi stesen jana kuasa arang batu yang beroperasi dan bertempat di Sandakan sendiri. Ramai penduduk akan diserang asma, masalah peparu dan sakit jantung.
22 Disember 2008, Tennessee, United States of America (USA) telah berlaku pembocoran hasil buangan dari stesen jana kuasa arang batu. Daripada laporan kerajaan USA, hasil buangan arang batu mengandungi “heavy metal” di mana boleh menyebabkan kanser dan penyakit sistem saraf. USA sebagai negara yang canggih dengan langkah pencegahan yang sempurna juga tidak dapat mencegah kejadiaan malang ini apatah lagi Sandakan.
Rancangan pembinaan stesen jana kuasa arang batu ini sesungguhnya menyebabkan penduduk Sandakan dalam keadaan bimbang dan risau. Penduduk Sandakan hanya mahu alam sekitar yang sihat kerana kami yang tinggal di Sandakan, kami masih muda, kami masih memerlukan masa hadapan kami.

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Coal-fired power plant: DEIA ready on 29th May 2010 http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/38648 Mr. Stephen Wong invite EVERYONE to come forward for...
  2. Sepa voices concern Coal-fired Power Plant   Sepa voices concern   Kota Kinabalu: Sabah Environmental...
  3. Coal Pollution Damages Human Health at Every Stage of Coal Life Cycle | Anti-Coal Campaign, Save Sandakan Coal Pollution Damages Human Health at Every Stage of Coal...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Leave a Reply

Timer

VIDEO

TAG CLOUD

Sponsors